Skip to main content

Sukan

Liga A1 Semi Pro: Penentuan juara kian sengit!

Sumber: AFL
Perebutan gelaran dijangka menjadi penentuan apabila JDT II dan Selangor II beraksi pada 11 Mei ini. - Foto Astro ARENA

AKSI penentuan juara Liga A1 Semi Pro kini tertumpu kepada pertembungan sengit antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Selangor II.

Kedua-dua pasukan pelapis ini tampil dengan misi besar untuk menamatkan kempen sebagai juara, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem pembangunan bakat masing-masing.

Selepas 24 perlawanan, JDT II dan Selangor II berkongsi 55 mata dan perebutan gelaran dijangka menjadi penentuan apabila mereka bakal beraksi pada 11 Mei ini!

Pertembungan ini bukan sekadar perebutan trofi, tetapi juga pentas untuk pemain muda menonjolkan kemampuan mereka dalam usaha menembusi skuad utama di peringkat lebih tinggi.

Segalanya kini bergantung kepada siapa yang lebih tenang, klinikal dan mampu memanfaatkan peluang — dalam satu perlawanan yang dijangka berlangsung penuh intensiti dan dramatik.

 

Must Watch Video