Skip to main content

Sukan

Ketangkasan Etheridge pasti dirindui The Azkals

STADIUM ASTRO
Etheridge mencipta sensasi apabila membawa The Azkals ke Piala Asia 2019 selain muncul pemain Filipina pertama tersenarai dalam kesebelasan utama membabitkan perlawanan EPL. - Foto Astro ARENA

PENJAGA gol Filipina, Neil Etheridge, menggantung sarung tangannya dengan bergaya selepas 18 tahun berkhidmat di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 35 tahun itu mengumumkan hasrat persaraan itu di media sosialnya dengan ucapan: "Cinta & Patah Hati, Semangat dan kemahuan, saya tidak berhenti daripada mengambil berat, sentiasa mencurahkan segala kudrat saya untuk pasukan dan negara.

"Pengembaraan sepanjang perjalanan bersama rakan sepasukan -- hanya mereka sahaja yang dapat memahaminya. Saya sama sekali tidak menyesali dengan keputusan saya ini."

Etheridge -- yang melalui musim cemerlang untuk sekali lagi mendominasi rantau ini dan di peringkat domestik bersama kelab Thailand, Buriram United -- mencipta sensasi apabila membawa The Azkals ke Piala Asia 2019 selain muncul pemain Filipina pertama dan dari rantau ini tersenarai dalam kesebelasan utama membabitkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Must Watch Video

Advertisement