Skip to main content

Malaysia

MB Pahang terima kunjungan delegasi Singapura, perkukuh hubungan dua hala

 Pagi ini saya menerima kunjung hormat daripada Delegasi Singapura yang diketuai oleh Menteri Kanan Singapura, Tuan Lee Hsien Loong.  Turut bersama dalam kunjungan ini ialah Menteri Negara di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Tuan Zhulkarnain Abdul Rahim; Ahli Parlimen Singapura, Cik Joan Pereira; Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Tuan Vanu Gopala Menon dan barisan pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.  Manakala kepimpinan Kerajaan negeri P
Menurut Wan Rosdy, pertemuan itu membuka ruang perbincangan strategik yang signifikan dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Pahang dan Singapura. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Singapura yang diketuai Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata pertemuan itu membuka ruang perbincangan strategik yang signifikan dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Pahang dan Singapura, khususnya dalam bidang pelaburan, pembangunan ekonomi, pelancongan, pendidikan serta pelbagai sektor berimpak tinggi.

“Kerajaan negeri yakin hubungan sedia terjalin akan terus diperkasakan demi kemakmuran bersama, selain membuka lebih banyak peluang kerjasama yang mampu memberikan manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri,” katanya. 

Kunjungan hormat turut disertai rombongan delegasi Singapura, iaitu Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim, Ahli Parlimen Singapura Joan Pereira, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan barisan pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura. 

Delegasi berkenaan disambut barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Datuk Ir. Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib serta Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Sri Nazri Abu Bakar.

Lee sebelum ini mengadakan lawatan lima hari ke Pahang dan Terengganu bermula semalam hingga 8 Mei.

-- BERNAMA 

Must Watch Video