ANGGOTA skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menerima cincin kejuaraan sebagai kenangan menjuarai Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut.
Cincin itu diperbuat daripada platinum dan emas serta dihiasi batu permata seperti nilam dan berlian selain menampilkan elemen khas yang melambangkan pencapaian luar biasa kejuaraan liga ke-12 berturut-turut.
Harimau Selatan - yang memenangi kesemua 18 perlawanan liga - hanya memerlukan dua mata daripada baki enam perlawanan untuk sekali lagi mengesahkan kejuaraan.
Pertemuan dengan DPMM Sabtu ini, boleh menjadikannya kenyataan.