Skip to main content

Dunia

Jemaah haji berhimpun di Jabal Al-Rahmah pada Hari Arafah

AFARAH, 26 Mei -- Jemaah haji meluangkan masa memanjatkan doa, berzikir dan bermunajat di Jabal Rahmah di Padang Arafah.  Padang Arafah menjadi saksi kepada kebesaran Islam apabila dibanjiri jutaan jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia yang akan menunaikan kemuncak ibadah Haji pada 26 Mei bersamaan 9 Zulhijjah 1447 Hijrah.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Terbitnya fajar hari Arafah, para jemaah haji berbondong-bondong ke tanah suci ini, memohon kepada Allah dalam doa berlatarbelakangkan suasana ketenangan dan ketaqwaan. - Bernama

ARAFAT: Jabal Al-Rahmah di tengah-tengah Arafat menjadi saksi perhimpunan kerohanian terbesar didambakan umat Islam di seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Terbitnya fajar hari Arafah, para jemaah haji berbondong-bondong ke tanah suci ini, memohon kepada Allah dalam doa berlatarbelakangkan suasana ketenangan dan ketaqwaan.

Lapangan itu menyaksikan pergerakan lancar hasil perancangan operasi lapangan bersepadu yang dilaksanakan oleh entiti berkaitan untuk menguruskan orang ramai, mengatur laluan pejalan kaki dan memudahkan akses ke kawasan sekitar gunung, dengan bimbingan sepanjang masa, perkhidmatan kemanusiaan dan kesihatan.

Di sekitar gunung itu, jemaah haji membaca al-Quran dan berzikir manakala tanah Arafat bergema dengan doa dalam pelbagai bahasa, suatu pemandangan yang menjelmakan perpaduan umat Islam dalam ibadah pada hari yang diberkati ini, di tengah-tengah ekosistem perkhidmatan bersepadu yang mencerminkan usaha Kerajaan Arab Saudi untuk melayani jemaah haji dan membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan selamat, mudah dan penuh yakin.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video

Advertisement