Skip to main content

Sukan

120 tahun! Selamat tinggal mimpi, penantian berakhir raih kejuaraan sulung penuh bersejarah

Soccer Football - Coupe de France - Final - RC Lens v OGC Nice - Stade de France, Saint Denis, France - May 22, 2026 RC Lens' Adrien Thomasson lifts the trophy as he celebrates with teammates after winning the Coupe de France REUTERS/Stephane Mahe
Pemain RC Lens Adrien Thomasson menjulangtrofi meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan akhir Piala Perancis antara RC Lens dan OGC Nice di Stade de France, Saint Denis, Perancis, 22 Mei 2026. REUTERS

GILA, dua rekod dalam satu masa!

RC Lens secara rasminya meraih gelaran Piala Perancis buat kali pertama, kejuaraan yang diidamkan sejak penubuhan kelab pada 1906, sekali gus menamatkan penantian selama 120 tahun untuk bergelar juara penuh bersejarah.

Ia termasuk mengakhiri kemarau trofi selama 27 tahun yang menyakitkan apabila kali terakhir memenangi piala pada 1999.

Kemenangan 3-1 menewaskan Nice di Stade de France awal pagi tadi membangkitkan adrenalin peminat yang sudah lama menunggu detik itu tiba sejak hampir satu abad berlalu.

Sambutan meriah di kalangan 50,000 peminat Lens berbaloi melihat kelab mereka meraih trofi pertama sejak Piala Liga 1999.

 

 

Kejayaan itu menamatkan musim yang luar biasa untuk Lens termasuk berada di tempat kedua Ligue 1 di belakang Paris Saint-Germain (PSG) musim ini, sekali gus menerima slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sementara itu, Nice akan berdepan pasukan Ligue 2, St Etienne, pada 26 dan 29 Mei dalam perlawanan playoff untuk mengekalkan status liga utama mereka.
 

Must Watch Video

Advertisement