Skip to main content

Politik

Tun Mahathir akui gagal satukan orang Melayu

https://www.facebook.com/photo/?fbid=726311955529334&set=a.423560845804448
Menurut Dr Mahathir, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh memberi kesan besar terhadap masa depan bangsa, negara dan agama - Foto/fail

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui telah gagal dalam usaha menyatukan orang Melayu, walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata kegagalan tersebut dibimbangi akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa di negara sendiri.

"Saya telah berusaha lebih dua tahun untuk menyatukan orang Melayu. Saya perlu akui, saya gagal," katanya dalam kenyataan di laman sosial.

 Menurut Dr Mahathir, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh memberi kesan besar terhadap masa depan bangsa, negara dan agama.

"Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas daripada tangan orang Melayu.

"Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama," dakwa beliau lagi.

Satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu sebelum ini dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar.

Dr Mahathir berkata, inisiatif tersebut merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu.

 

Must Watch Video