Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia keluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan

Sumber: BERNAMA
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi dua lokasi di Semenanjung melibatkan Kelantan dan Pahang serta satu kawasan di Sabah. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi dua lokasi di Semenanjung melibatkan Kelantan dan Pahang serta satu kawasan di Sabah. 

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Jeli di Kelantan dan Jerantut di Pahang manakala di Sabah melibatkan Telupid. 

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video