ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Mei 2026.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap menyeru semua ADUN supaya bertenang berhubung spekulasi berkenaan PRN.
2. Mahkamah benarkan badan peguam cabar tindakan pendakwaan henti prosiding kes rasuah Ahmad Zahid
Permohonan Badan Peguam itu bukanlah sesuatu yang remeh, namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif.
3. Rumah kongsi berhampiran ICC Pudu musnah terbakar
Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 100 kaki persegi dan terbakar sepenuhnya.
4. Bunuh warga emas guna parang, empat lelaki berdepan hukuman mati
Empat lelaki didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas menggunakan senjata tajam dipercayai parang pada April lepas.
5. ASEAN 2026: PM Anwar tiba di Cebu, galas agenda Malaysia dalam Sidang Kemuncak ke-48
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Cebu, Filipina jam 1.50 tengah hari pada Khamis bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.
6. Kemelut DUN Negeri Sembilan: Tiada cadangan tukar MB - Ahmad Zahid
Beliau menegaskan tiada cadangan untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun susulan kemelut politik di negeri itu.
7. Selangor kekal larang penternakan babi
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menegaskan pendirian baginda untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu.
8. MyKad versi baharu dilengkapi 53 ciri keselamatan
MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.
9. MTUC dibubar sementara, gagal serah penyata audit dan maklumat dana asing
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diarahkan dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkuat kuasa hari ini selepas didapati gagal mengemukakan beberapa maklumat penting sebagaimana diarahkan sebelum ini.
10. Kekal relevan rentas pelbagai platform kunci kewartawanan moden - Suhaimi Sulaiman
Dunia kewartawanan hari ini memerlukan pengamal media untuk melangkaui pelaporan konvensional dan menyesuaikan diri dengan tuntutan platform digital serta khalayak yang dipacu algoritma, kata tokoh inspirasi terkenal Datuk Suhaimi Sulaiman.