Skip to main content

Politik

[TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee kalah di DUN Layang-Layang

71643173619_DrMaszleeMalik.jpg
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selepas 50 saluran dikira, Mazlee memperolehi 4,756 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO, Abd Mutalip Abd Rahim yang mendapat 7,772 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan mendapat 1,297 undi dan seorang lagi calon Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hilang wang pertaruhan dengan hanya mendapat 174 undi.

[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Keputusan tidak rasmi, BN kuasai 44 kerusi DUN

KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI

Must Watch Video