Skip to main content

Politik

Tak hadir Perhimpunan Agung UMNO, ini jawapan Hadi..

51537116514_TBABDULHADIAWANG.jpg
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan ketidakhadiran beliau di majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-72, kerana terikat pada komitmen lain.

Menurutnya, terdapat program telah disusun atur sejak awal yang memerlukan kehadirannya.

Sehubungan itu, tiada keperluan untuk membuat sebarang spekulasi berhubung ketidakhadiran beliau di persidangan itu.

โ€œSaya terikat dengan majlis konvokesyen yang diatur lebih awal. Kelaziman saya memang hadir berikan ucaptama di sini, setiap tahun,โ€ katanya, pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulu (KIDU) ke-14, hari ini.

Menurutnya, susulan itu Pas menghantar wakilnya terdiri daripada Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

BACA: Kehadiran Najib Razak disambut sorakan ahli UMNO

BACA: Pemimpin UMNO hadir Muktamar Pas, ini respons Hadi

โ€œSaya ada terima jemputan daripada UMNO, cuma ada program di Kedah,โ€ katanya.

Kehadiran pemimpin Pas di persidangan itu dilihat sebagai kunjungan balas selepas pimpinan UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-64, 15 September lalu.

Must Watch Video