Skip to main content

Politik

Syed Ali pula tinggalkan UMNO

81434868733_syedalialhabshee.jpg
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada parti keramat Melayu itu, sebentar tadi.

Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

"Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada UMNO," katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, sebentar tadi.


Must Watch Video