Skip to main content

Politik

PAS belum putuskan calon untuk jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

41406008100_295x200.jpg
PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku di sini hari ini.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Must Watch Video