Skip to main content

Politik

Pakatan Harapan anjur Konvensyen 2026 di Johor Bahru

LOGO PAKATAN HARAPAN PH
Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

Konvensyen bertemakan “Tekad Madani, Harapan Rakyat” itu dijadual berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Menurut kenyataan bersama pimpinan PH pada Jumaat, penganjuran konvensyen itu menjadi platform untuk memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan organisasi selain menyelaras gerak kerja politik gabungan berkenaan.

PH memaklumkan konvensyen tersebut turut bertujuan memperincikan hala tuju gabungan itu dalam mendepani cabaran semasa negara.

“Sebagai teraju Kerajaan MADANI, Pakatan Harapan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara, kestabilan politik serta keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” menurut kenyataan itu.

Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir menyampaikan amanat khas kepada para perwakilan.

Turut dijangka hadir ialah pimpinan utama PH bagi memperkukuh kesatuan serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa.

Untuk rekod, kali terakhir Konvensyen Pakatan Harapan diadakan pada 2022.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjuran semula konvensyen berkenaan mencerminkan komitmen berterusan PH dalam memperkukuh organisasi, memperkasa agenda reformasi serta memastikan aspirasi Kerajaan MADANI terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Must Watch Video