Skip to main content

Dunia

Sepanyol lapor kes disyaki hantavirus dikaitkan dengan kapal persiaran

Exterior of the emergency unit area of Sant Joan university hospital where a woman with symptoms consistent with a hantavirus infection is being treated, according to local media, in Alicante, Spain May 8, 2026. Spanish health authorities said the suspected case involves a woman who was a passenger on the same flight as a patient who died in Johannesburg after travelling on the MV Hondius cruise ship and contracting the virus. REUTERS/Rafael Molina
Unit kecemasan Hospital Universiti Sant Joan di mana seorang wanita dengan simptom yang konsisten dengan jangkitan hantavirus sedang dirawat, di Alicante, Sepanyol, 8 Mei 2026. REUTERS

MADRID: Setiausaha Negara bagi Kesihatan Sepanyol Javier Padilla pada Jumaat berkata pihak berkuasa kesihatan telah mengesan satu kes disyaki hantavirus di bandar Alicante di timur negara itu dan telah mengambil langkah sewajarnya, lapor Xinhua.

Individu berkenaan dilaporkan melakukan perjalanan beberapa minggu lalu dengan pelayaran yang sama seperti seorang daripada individu yang dijangkiti, kata Padilla.

Beliau menambah individu itu menunjukkan gejala yang sepadan dengan jangkitan hantavirus, namun pihak berkuasa masih menilai sama ada kes itu boleh disahkan.

Selain itu, Padilla mengesahkan bahawa kesemua 14 penumpang warga Sepanyol di atas kapal persiaran MV Hondius telah bersetuju untuk menjalani kuarantin secara sukarela bagi meminimumkan risiko penularan lanjut.

Kapal persiaran ekspedisi yang dikendalikan syarikat Belanda itu, yang kini menuju ke Kepulauan Canary, Sepanyol, setakat ini dikaitkan dengan tiga kematian.

Padilla berkata satu pasukan dari Kementerian Kesihatan Sepanyol akan berlepas ke Tenerife pada Sabtu menjelang ketibaan kapal itu yang dijangka pada Ahad.

Penumpang dijangka turun melalui bot kecil sebelum dipindahkan di bawah langkah pengasingan ketat.

Warga Sepanyol di atas kapal itu akan dibawa ke Madrid untuk pemantauan kuarantin.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video