Skip to main content

Politik

Mesyuarat MT UMNO: 'Saya sudah maklum Mukhriz tidak perlu hadir' - Ku Nan

81454063429_TengkuAdnan.jpg
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu dia sudah memaklumkan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya tidak perlu hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Katanya, tidak timbul isu Menteri Besar Kedah itu hadir atau tidak kerana perkara itu sudah diputuskan ahli MT yang lain.

"Tidak timbul dia hadir atau tidak. Kalau MT sudah putuskan tidak payah datang, tak payahlah.

"Saya sudah maklumkan kepada dia melalui telefon pagi tadi," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Terdahulu, Mukhriz memberitahu, dia diminta beredar dari mesyuarat MT UMNO lima minit selepas mesyuarat bermula.

Must Watch Video