Skip to main content

Politik

Jawatan Ketua Pembangkang belum diputuskan - Zahid Hamidi

61524815951_ZahidHamidi.jpg
Persoalan siapa Ketua Pembangkang akan dibincangkan dengan pimpinan Pas sebelum keputusan dibuat.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan Ketua Pembangkang perlu dibincangkan dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

"Buat masa ini, ia adalah BN dan Pas yang menjadi pembangkang. Biasanya, Presiden parti yang akan menjawat jawatan tersebut tetapi perkara tersebut perlu dibincangkan dengan pimpinan Pas," kata Ahmad Zahid.

Mengenai kemungkinan Calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang, Ahmad Zahid berkata soal tersebut belum dibincangkan lagi setakat ini.

"Saya ada bertemu Khairy pagi ini untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkannya dalam parti," jawab beliau.

Namun, Ahmad Zahid tidak memperincikan peranan yang dibincangkan dengan Khairy itu.

Walau bagaimanapun, Khairy dalam laman Twitternya telah memaklumkan beliau telah ditawarkan untuk menjadi Setiausaha Agung BN tetapi menolak kerana ingin memberi fokus kepada peranannya sebagai Ahli Parlimen.

"Terima kasih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi.

"Saya memberitahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti kerana ingin memberi fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen," katanya.

Must Watch Video