Skip to main content

Politik

Dr S Streram tekad rampas kerusi DUN Rantau

81542444155_CalonPKR.jpg
Calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil DUN Rantau, Dr S. Streram berkata beliau akan berusaha keras untuk merebut kerusi itu daripada penyandang, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Saya sangat  gembira hari ini dapat membuat pencalonan PRK Rantau. Peluang ini diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan.

“Saya akan berusaha untuk bekerja bagi memenangi kerusi ini daripada BN,” kata Dr Streram.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK DUN Rantau yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamad menang tanpa bertanding kerusi Rantau selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, pada 18 Februari lalu, Mohamad hilang kerusi DUN Rantau selepas gagal dalam ra­yuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya terbatal dan tidak sah.

Must Watch Video