Skip to main content

Malaysia

Zakia Aleip masih hidup dan selamat - Ketua Polis Negara

61370218814_295x200.jpg
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Konstabel Zakia Aleip yang diculik dalam insiden tembak-menembak dengan polis di pantai Timur Pulau Mabul di Sabah pada lewat malam Sabtu lalu masih hidup dan selamat.

Menurut Khalid, Zakia telah menghubungi isteri, ibunya dan ketua namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut buat masa ini kerana ia boleh mengancam nyawa mangsa.

Tambahnya, pihak polis akan berusaha sedaya-upaya bagi mengembalikan mangsa kepada keluarganya.

Dalam kejadian itu katanya, pihak polis semakin bersemangat untuk menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Kejadian lewat Sabtu itu turut menyebabkan rakan setugas Zakia iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan yang sebelum itu dilaporkan hilang sebaik sahaja pertempuran berlaku ditemui meninggal dunia dibawah jeti salah sebuah pusat peranginan popular di Pulau Mabul.

Pertempuran dilaporkan membabitkan lapan individu dipercayai pengganas yang datang dari selatan Filipina.

Must Watch Video