Skip to main content

Malaysia

Zakat Pulau Pinang: Seorang lagi kontraktor ditahan

41482314818_WomenHancuffsGeneric.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang  menahan seorang lagi kontraktor bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan pecah amanah Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Pengarah SPRM negeri, Datuk Abd Aziz Aban, melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan kontraktor wanita berusia 42 tahun itu ditahan selepas  hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Negeri di Georgetown kira-kira  jam 8 malam Selasa.

Katanya, kontraktor wanita  itu  sudah direman selama enam hari, berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin depan.

Abd Aziz berkata, lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya  juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa pihak terutamanya  pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi membantu siasatan.

Pada Selasa, empat pegawai kanan ZPP bersama tujuh kontraktor ditahan SPRM Pulau Pinang selepas dipercayai terbabit dalam isu penyelewengan dan pecah amanah dana projek pembangunan masyarakat ZPP.

BACA: Pegawai kanan ZPP antara 11 ditahan pecah amanah

BACA: Zakat Pulau Pinang: Tiada wang zakat diselewengkan

Kesemua mereka berusia 35 hingga 52 tahun direman selama seminggu sehingga 15 Mei ini.

Must Watch Video