Skip to main content

Malaysia

Yazid Sufaat dibawa ke mahkamah pagi ini

51360281957_120x90.jpg
Yazid Sufaat dan dua lagi yang ditahan oleh polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi ini.

Yazid sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Khamis enggan mendedahkan punca ketiga-tiga mereka ditahan.

Katanya, maklumat penahanan itu disifatkan terlalu sensitif. Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak polis jika mahu mendedahkan maklumat lebih lanjut.

Ini adalah penahanan pertama mengikut akta berkenaan yang diwartakan pada 22 Jun tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan memaklumkan ketiga-tiga mereka ditahan kerana mendalang gerakan merekrut rakyat negara ini untuk kegiatan pengganas.

Must Watch Video