Skip to main content

Malaysia

Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat

PUTRAJAYA, 22 Julai -- Rakaman gambar logo Wisma Putra ketika tinjauan selepas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Bangladesh, di Wisma Putra, hari ini.  Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  --foto
Wisma Putra berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Asia Barat. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang bekerjasama dengan perwakilan diplomatik Malaysia, kerajaan di Asia Barat serta syarikat penerbangan untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara di rantau berkenaan.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, menyatakan bahawa usaha pemindahan itu turut melibatkan rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air dengan menggunakan pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar.

"Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi.

"Rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat, atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyelarasan pemindahan berkenaan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan usaha pemindahan yang penting itu dilaksanakan dengan jayanya, dengan sokongan semua pihak berkaitan, demi kepentingan rakyat Malaysia.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di negara yang terjejas supaya meningkatkan tahap kewaspadaan, mengelakkan kawasan aktiviti ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam nasihat perjalanan yang dikemas kini, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas akibat konflik semasa, termasuk mereka yang berhasrat menunaikan umrah atau ziarah.

Wisma Putra berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Asia Barat.

“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami. Nasihat ini akan terus berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak. Kami merayu agar semua pihak memahami termasuk agensi pelancongan,” menurut kementerian itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia yang terdekat:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Tel: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANAMA, BAHRAIN

Tel: +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Tel: +964 787 859 8775 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Tel: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT CITY, KUWAIT

Tel: +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNAN

Tel: +961-3052 258 / +961 7677 2527

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MUSCAT, OMAN

Tel: +968 2469 8329/ +968 2469 8643/ +968 7159 2388 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI DOHA, QATAR

Tel: +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH, ARAB SAUDI

Tel: 00 966 11 488 7098 / 00 966 11 482 4177 / 00 966 11 488 7100 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH, ARAB SAUDI

Tel: +966 126 727 740 | +966 573 099 589 (Operasi 24 jam)

E-mel: [email protected]

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI, UAE

Tel: +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776

E-mel: [email protected]

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DUBAI, UAE

Tel: +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (Kecemasan)

E-mel: [email protected]

 

Situasi di Asia Barat tegang sejak Sabtu lepas (28 Feb) apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

-- BERNAMA

Must Watch Video