KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1447H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari hari Sabtu, 21 Mac 2026."
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Dalam pada itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac).
Istana Diraja Arab Saudi mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan hari terakhir Ramadan di negara itu jatuh pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal disambut pada Jumaat.
Sementara itu, Istana Presiden UAE turut membuat pengumuman serupa yang menyatakan Khamis merupakan hari terakhir bagi bulan suci Ramadan di negara berkenaan.
Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Qatar turut mengumumkan Khamis sebagai hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Ramadan, manakala Aidilfitri jatuh pada Jumaat.