Skip to main content

Malaysia

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 7 Jun

41748346883_TBanakbulan.jpg
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah jatuh pada 29 Mei.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah adalah pada 29 Mei 2025.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah padaSabtu, 7 Jun 2025,” katanya.


Must Watch Video