Skip to main content

Malaysia

Tunku Mahkota Ismail berkenan terima menghadap PM Anwar

FB ANWAR BRAHIM
Anwar berkata beliau dan Tunku Mahkota Ismail bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor. - FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor Bharu hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pada sesi itu, beliau dan Tunku Mahkota Ismail bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor, selain memberi maklum usaha dan tindakan kerajaan dalam mendepani kemelut global saat ini.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail kerana perkenan menerima patik untuk menghadap dalam kunjungan singkat ke Johor hari ini.

“Kerajaan sesungguhnya akan terus bekerja memastikan rakyat dilindungi dan negara kekal aman dan stabil, insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA 

Must Watch Video