Skip to main content

Malaysia

Tony Fernandes tunai janji

51418808091_295x200.jpg
Tiga belas peminat Harimau Malaya yang memenangi peraduan AirAsia di media sosial Twitter telah berlepas ke Bangkok dalam penerbangan AK882  pada jam 11.45 pagi hari ini .

Pemenang diterbangkan dengan pesawat Airbus A320 AirAsia yang dihiasi dengan lambang Harimau Muda sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada pasukan kebangsaan Malaysia .

Semua pemenang telah secara peribadi dipilih oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia sendiri , Tan Sri Tony Fernandes .

Pertandingan ini telah dimulakan oleh Tan Sri Tony Fernandes menerusi Twitter peribadinya, yang menjemput peminat bola sepak untuk mengemukakan gambar ' penyokong Harimau Malaysia'.

Gambar terbaik yang terpilih mendapat penerbangan percuma pergi-balik ke Bangkok Don Mueang - , penginapan percuma dengan Tune Hotel dan tiket untuk perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand .

winner
Tiga belas pemenang dalam warna-warna kebangsaan balai berlepas di KLIA2 , sebelum menaiki penerbangan AK 882 dari Kuala Lumpur ke Bangkok -Don Mueang

Must Watch Video