Skip to main content

Malaysia

Tiga maut dalam kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban

61746145760_kemalangan.jpg
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuhraya KL-Seremban, awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuhraya KL-Seremban, awal pagi, pada Jumaat. Terdapat tiga mangsa lelaki dewasa yang tersepit di dalam kenderaan. Operasi menyelamat mengambil masa hampir sejam sebelum kesemua mangsa berjaya dikeluarkan. Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada jam 5.57 pagi.

Sehubungan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan bantuan dari BBP Bukit Jalil digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 10 anggota serta satu jentera FRT2.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 6.07 pagi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Terdapat tiga mangsa lelaki dewasa yang tersepit di dalam kenderaan. Operasi menyelamat mengambil masa hampir sejam sebelum kesemua mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.





Must Watch Video