KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri bergantung kepada sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Anwar berkata, cuti tambahan ditetapkan pada Isnin depan jika tarikh Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu ini, cuti tersebut diberikan pada Jumaat.
"Saya turun-turun (sampai) tadi sudah ada orang tanya cuti, bila PMX bagi cuti.
"Jadi kalau cuti, kalau hari raya pada Jumaat, 20 Mac maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau Hari Raya Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat, 20 Mac," katanya semasa berucap sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini pada Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum cuti tambahan pada Isnin (23 Mac) jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac) atau cuti tambahan pada Jumaat (20 Mac) jika Aidilfitri jatuh Sabtu (21 Mac).#AWANInews pic.twitter.com/P5wv61pchf
— Astro AWANI (@501Awani) March 15, 2026
Pengumuman tersebut dibuat lebih awal katanya bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan sempena sambutan perayaan itu.
"Kita umum awal supaya kita boleh buat perancangan. Nak cuti hari Jumaat atau cuti Isnin? Siapa yang nak cuti hari Isnin, doa supaya hari raya lagi Sabtu," katanya berseloroh.