KUALA LUMPUR: Paras air di dua sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya, dua sungai paras amaran dan lima sungai paras waspada setakat jam 8.15 pagi ini.
Berdasarkan Public Info Banjir, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang melepasi paras bahaya masing-masing dengan bacaan 10.07 meter (m) dan 59.58 meter.
Sungai yang lepasi paras amaran adalah Sungai Sokor di Kampung Sokor dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Dalam pada itu, lima sungai melepasi paras waspada adalah Sungai Kusial di Kusial Baru, Sungai Golok di Kampung Jenob, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Sungai di Kampung Pulau Lima dan Kg Pulau Lima,
Sementara itu, hujan di beberapa daerah di Kelantan dilaporkan sudah berhenti, pagi ini.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini