Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] MH102 dilencong ke Bangkok akibat kecemasan kesihatan penumpang - MAG

81758179472_TBMASLENCONG.jpg
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH102 telah dilencongkan ke Bangkok, Thailand akibat kecemasan kesihatan melibatkan seorang penumpang.

Pesawat jenis Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka, Bangladesh, sebelum mengubah laluan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

MAG ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan pesawat berkenaan berlepas dari KLIA pada jam 9:53 pagi dan selamat mendarat di Bangkok kira-kira dua jam kemudian.

"Pesawat berlepas semula dari Bangkok pada jam 1.29 tengah hari (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Dhaka sekitar jam 4:49 petang waktu Malaysia," katanya.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pesawat Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu sedang terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar apabila kru mengisytiharkan kecemasan.











Must Watch Video