Skip to main content

Malaysia

TERKINI HAJI 2025: Kematian ke-10 jemaah haji Malaysia

61749427629_AbdulMalikSudin.jpg
MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Allahyarham Abdul Malik Sudin, 62, meninggal dunia di Hospital King Abdullah, pada jam 4.31 petang pada Ahad, akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata ini adalah kematian ke-10 membabitkan jemaah Malaysia.

Katanya, ahli keluarga, termasuk isteri Allahyarham, yang berada di Tanah Suci, sudah dimaklumkan.

“Semua urusan pengebumian diuruskan oleh Tabung Haji,” katanya.

Setakat ini tiada kematian akubat dari strok haba.






Must Watch Video