Skip to main content

Malaysia

Terima kasih! 1 juta turun Himpunan 812 - Tun Dr Mahathir

71538445789_TunMLondon.jpg
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir ke himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD.

"Perhimpunan hari ini telah dihadiri oleh satu juta orang dan saya ucap terima kasih kepada mereka kerana mereka berkumpul untuk kesyukuran.

"Satu juta orang, terima kasihlah," katanya sambil tersenyum sinis dan menambah beliau telah bersyukur dengan keputusan baik yang dibuatnya.





Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada Sabtu.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Must Watch Video