Skip to main content

Malaysia

Terengganu bakal ada pasukan bomba sukarela Orang Asli

41520460860_TBBOMBATERENGGANU.jpg
Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Terengganu bakal menubuhkan pasukan bomba sukarela dalam kalangan Orang Asli di negeri itu.

Pengarahnya Azlimin Mat Noor berkata langkah yang dilaksanakan itu sebagai tindakan awal jika berlaku kes kecemasan di kawasan mereka.

Menurut Azlimin pihaknya juga akan melatih masyarakat Orang Asli untuk mengendalikan alat pemadam api serta mengawal insiden kebakaran.

“Jika berlakunya kebakaran yang mana bomba mungkin lambat sampai kerana kedudukannya yang jauh jadi pasukan bomba sukarela akan ditubuhkan disitu.

“Sasarannya adalah satu DUN satu pasukan bomba sukarela kecuali di Kuala Terengganu,” jelas Azlimin.

Beliau berkata penubuhan itu bakal  dilaksanakan di penempatan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, Sungai Pergam, Kemaman dan Sungai Sayap, Besut.

Jelasnya setakat ini Terengganu telah mempunyai seramai 432 anggota bomba sukarela membabitkan 18 pasukan.

Must Watch Video