Skip to main content

Malaysia

TDM laksana eksesais Gerak Pantas 2026 di Kelantan, Terengganu bermula hari ini

Sumber: TENTERA DARAT MALAYSIA
Eksesais tahunan itu melibatkan pasukan 10 Briged (Para) dengan kawasan operasi di Kelantan meliputi Cherang Ruku dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut dan Kuala Terengganu. - Gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais Gerak Pantas 2026 di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini (Isnin) hingga 15 Mei ini bagi menguji tahap kesiagaan tempur dan keupayaan operasi pasukan dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan negara.

TDM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, eksesais tahunan itu melibatkan pasukan 10 Briged (Para) dengan kawasan operasi di Kelantan meliputi Cherang Ruku dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut dan Kuala Terengganu.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak cemas sekiranya terdapat pergerakan anggota dan konvoi tentera, penerbangan aset udara serta bunyi letupan di kawasan terlibat sepanjang tempoh latihan dilaksanakan terutamanya ketika fasa serangan akhir eksesais yang akan dilaksanakan pada 15 Mei di sekitar kawasan Empangan Tok Gong, Besut, Terengganu.

“Semua aktiviti latihan dilaksanakan secara terancang dan terkawal dengan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan awam,” menurut kenyataan itu. 

TDM turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu, semua agensi keselamatan yang terlibat serta masyarakat setempat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan eksesais berkenaan demi memperkukuh kesiapsiagaan angkatan tentera dan mempertahankan kedaulatan negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video