Skip to main content

Malaysia

Taman Tasik Titiwangsa ditutup sementara pada Khamis

41599628904_tamantasiktitiwang.jpg
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok (Khamis, 9 September).

DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak.

"Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam," menurut kenyataan itu, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan.

Must Watch Video