Skip to main content

Malaysia

Talian telefon bimbit milik MB Pahang digodam

81591858145_MBPAHANG.jpg
KUALA LUMPUR:Talian telefon bimbit milik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipercayai digodam awal pagi ini.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Jelasnya, ia bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang cuba berkomunikasi dengannya menerusi talian telefon bimbit berkenaan.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama talian telefon bimbit miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.


 

 
Sumber Facebook wanrosdyOfficial

Must Watch Video