Skip to main content

Malaysia

Suspek tikam wanita direman 7 hari

Sumber: Astro AWANI
Suspek tiba di lokap Mahkamah Alor Setar pada jam 8.20 pagi menaiki kenderaan polis, dengan memakai baju lokap oren dan diiringi polis. - Foto Astro AWANI

ALOR SETAR: Suspek dalam kes tikam di leher seorang wanita dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, dekat sini, direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di lokap Mahkamah Alor Setar bagi polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berusia 32 tahun itu tiba di lokap mahkamah pada jam 8.20 pagi menaiki kenderaan polis, dengan memakai baju lokap oren dan diiringi polis.

Suspek direman sehingga 24 Mei untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada jam 1.50 pagi tadi.

Beliau berkata, penahanan suspek itu dilakukan kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 9.19 malam tadi.

Terdahulu hari ini, media melaporkan, seorang wanita cedera ditikam di bahagian kanan leher oleh lelaki yang dikenalinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, dekat sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.19 malam melibatkan mangsa wanita berusia 35 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah akibat kecederaan parah di leher dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu setakat ini.
 

Must Watch Video