Skip to main content

Malaysia

Suspek pecah masuk rumah majistret direman empat hari

71554886788_CURI.jpg
Seorang lelaki ditahan reman selasa empat hari kerana dipercayai memecah masuk kediaman majistret Kuala Terengganu pada Ahad.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@Isa pada Rabu.

Suspek yang berusia 23 tahun itu dipercayai telah melarikan beberapa barangan berharga.

Susulan kejadian, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Serbuan kira-kira jam 7.45 malam Selasa itu juga membawa kepada penahanan suspek bagi siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.



Must Watch Video