Skip to main content

Malaysia

Sonamu mungkin mengancam Sarawak

71357640262_295x200.jpg
Ribut tropika Sonamu dijangka mengancam Sarawak Jumaat ini.

Amaran itu dikeluarkan pusat amaran ribut Amerika Syarikat.

Menurut pusat amaran tersebut, laluan ribut tropika akan bergerak ke arah tenggara dan melanda Sarawak.

Sehubungan itu, pusat amaran tersebut meminta pihak berkuasa Sarawak membuat persediaan berdepan situasi tersebut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dihubungi menegaskan, pihak mereka masih memantau amaran itu.

Sehingga kini MKN menjangkakan kekuatan ribut Sonamu, akan semakin melemah pada 9 januari.

Bagaimanapun, pemantauan rapi termasuk bagi tempoh setiap jam masih dilaksanakan, bagi memastikan keselamatan penduduk.

Must Watch Video