Skip to main content

Malaysia

Siasatan dalaman akan dilakukan susulan insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin

41765621656_pekerjamaut.jpg
JOHOR BAHRU: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden kren runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian di sini hari ini.


Ringkasan AI
  • Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) melaksanakan siasatan dalaman berhubung insiden kren runtuh semasa kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, yang mengakibatkan dua kematian dan tiga cedera.
  • Kawasan terjejas ditutup sebagai langkah berjaga-jaga dan siasatan akan dimulakan selepas operasi penyelamatan selesai; keselamatan kakitangan ditekankan sebagai keutamaan.
  • Operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa tanpa kesan daripada insiden tersebut.


Kenyataan syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira 12 tengah hari dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) loji segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Susulan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," menurut kenyataan itu.

Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya.

"Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami," katanya.

Sementara itu, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.

Malakoff memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting.

-- BERNAMA


Must Watch Video