Skip to main content

Malaysia

Selepas lebih seminggu dijejaki, Farhash Wafa Salvador tampil bantu siasatan

51546130015_farhash.jpg
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini telah ditahan polis selepas dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat  Polis Daerah Ampang Jaya, di sini jam 10.00 pagi tadi.

Dia ditahan sekitar jam 12 tengahari selepas hampir seminggu gagal dikesan.

Farhash dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan bersenjata yang berlaku di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai pada 31 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat hari ini, Farhash yang juga seorang Setiausaha Politik telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam tindakan melengkapkan siasatan.

BACA: Kes rusuhan: Pengadu tarik laporan polis terhadap Farhash

Ujian saringan awal air kencing juga telah dibuat keatas Farhash dan didapati negatif dari sebarang jenis dadah.

Farhash kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada pada jam lebih kurang 5 petang tadi.

Kes kini dirujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Must Watch Video