Skip to main content

Dunia

Serangan ke atas Lubnan ancaman besar kepada gencatan senjata Iran-AS: PBB

41769740325_AntonioGuterres.jpg
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam oleh rejim Zionis ke atas Lubnan. - Gambar fail

TEHRAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan negatif serangan rejim Israel ke atas Lubnan terhadap proses gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

PBB menegaskan serangan rejim Israel ke atas Lubnan “dianggap sebagai ancaman besar” kepada perjanjian gencatan senjata antara AS dan Iran.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam oleh rejim Zionis ke atas Lubnan.

Dalam kenyataannya, Guterres mengutuk serangan Israel pada Rabu yang mengorbankan serta mencederakan ratusan orang, menurut kenyataan jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Beliau berkata serangan berterusan itu “menimbulkan ancaman serius” terhadap gencatan senjata serta usaha mencapai keamanan berkekalan di rantau berkenaan.

Ketua PBB itu juga menggesa semua pihak agar segera menghentikan permusuhan.

-- BERNAMA-MNA

 

Must Watch Video