Skip to main content

Malaysia

Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras

KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Sentul dan Pengerusi Perkep (Persatuan Keluarga Polis) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Fadil berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.30 malam. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu bertopeng bertindak menceroboh masuk sebuah pusat hiburan di Cheras di sini dan memecahkan barangan di dalam premis tersebut kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.30 malam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sebuah lori merempuh pintu pagar premis tersebut sebelum sekumpulan suspek menceroboh masuk dan melakukan khianat dengan memecahkan barangan di pusat hiburan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 dan 148 Kanun Keseksaan, dan polis sedang mengesan suspek yang terlibat," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 71 saat memaparkan sekumpulan individu bertopeng memecah masuk sebuah pusat hiburan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video