Skip to main content

Malaysia

SAR kanak-kanak hanyut terjatuh longkang diteruskan hari ini

KAJANG, 1 Mei -- Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras petang tadi.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di Kondomin
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras. - Foto BERNAMA

KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri hanyut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras masih diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola pada Jumaat malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.08 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi.

“Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola.

“Ketika kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa disyaki dihanyutkan arus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, operasi SAR masih dijalankan bagi mengesan mangsa dengan tumpuan pencarian di sekitar laluan longkang dan kawasan berhampiran.

Katanya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor turut digerakkan bagi membantu operasi pencarian.

 

 

Must Watch Video