Skip to main content

Dunia

45 kapal diarah berpatah balik susulan sekatan pelabuhan Iran - CENTCOM

FILE PHOTO: Two F/A-18 Super Hornets launch from the flight deck of the U.S. Navy Nimitz-class aircraft carrier USS Abraham Lincoln in support of the Operation Epic Fury attack on Iran from an undisclosed location March 3, 2026. U.S. Navy/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY/File Photo
Dua pesawat F/A‑18 Super Hornet berlepas dari dek penerbangan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz Tentera Laut AS, USS Abraham Lincoln. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Pemerintah Tengah Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa pihaknya telah menghalang 45 kapal komersial daripada meneruskan pelayaran selepas cuba melanggar sekatan laut yang dikenakan ke atas pelabuhan Iran.

Dalam satu hantaran di platform X, CENTCOM berkata pasukan AS terus meronda perairan antarabangsa dan menguatkuasakan sekatan maritim yang sedang berkuat kuasa terhadap Iran.

“Setakat ini, 45 kapal perdagangan telah diarahkan berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan tersebut,” menurut kenyataan itu.

 

 

Amerika Syarikat mengenakan sekatan laut ke atas pelabuhan Iran pada 13 April lalu sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraannya terhadap negara itu.

Sekatan tersebut telah menjejaskan pergerakan perkapalan komersial di rantau berkenaan, di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Washington dan Tehran.
 

Must Watch Video