Skip to main content

Malaysia

Sapura Energy umum Shahriman Shamsuddin letak jawatan sebagai pengarah syarikat

81742215406_SapuraEnergyBerhad.jpg
KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd telah mengumumkan perletakan jawatan Datuk Shahriman Shamsuddin sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa hari ini.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perletakan jawatan itu dibuat kerana beliau terikat dengan komitmen lain.

"Shahriman, yang berusia 56 tahun, tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan lembaga pengarah," katanya.

Menurut Sapura Energy, tiada perkara yang perlu didedahkan untuk perhatian pemegang saham.

Pada 29 Oktober 2024, Shahriman meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Sapura Resources Bhd.

-- BERNAMA

Must Watch Video