Skip to main content

Malaysia

Ribut, hujan batu, 30 rumah alami kerosakan di Dabong

61508637420_hujanbatudabong.jpg
Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan termasuk bumbung yang tercabut akibat kejadian ribut dan hujan batu yang berlaku di pekan Dabong, di sini, lewat petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.34 petang Sabtu.

Katanya, ribut dan hujan batu selama 30 minit di kawasan tersebut menyebabkan rumah penduduk mengalami kerosakan atap.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian melanda.



Must Watch Video