Skip to main content

Malaysia

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan 'bawah pokok' diarah tutup

41581402589_TBxjpg.jpg
Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.

Kedai Anuar Kari Kepala Ikan meneriman notis perintah penutupan premis itu selepas dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak disucikan keadaan premis sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Menurut kenyataan, premis itu telah diberi tempoh selama 14 hari bermula semalam (10 Februari 2020) sehingga 24 Februari ini.

Dalam tempoh itu, pihak pengurusan restoran itu diarah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Must Watch Video