Skip to main content

Malaysia

Rentas negeri: PLUS ingatkan pengguna lebuh raya patuh SOP kekang penularan COVID-19

81601548437_TBPLUSxjp.jpg
KUALA LUMPUR:PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengingatkan pengguna lebuh raya melakukan perjalanan rentas negeri yang dibenarkan mulai esok agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

"PLUS mengalakkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak COVID-19 ini.

"Pengguna lebuh raya boleh menyemak status destinasi yang dituju daripada perspektif COVID-19 sebelum memulakan perjalanan yang boleh didapati menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Aplikasi MySejahtera," menurut kenyataan itu.

BACA: Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali di kawasan PKPD

Pengendali lebuh raya berkenaan turut mengingatkan orang ramai agar membuat urusan tambah nilai kad Touch 'n Go lebih awal dan memastikan baki mencukupi sebelum memasuki lebuh raya bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai yang berperanan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.


-- BERNAMA

Must Watch Video