Skip to main content

Malaysia

Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu

61767072772_TBPASUKANBENCANA.jpg
Alzafny berkata perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret di Hospital Tuanku Ja'afar. - Gambar fail
SEREMBAN: Reman terhadap lelaki disyaki terlibat kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari bermula esok.


Ringkasan AI
  • Reman lelaki disyaki terlibat kes letupan menggunakan Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari bermula esok.
  • Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual.
  • Suspek dipercayai memiliki pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja'afar di sini selepas tempoh reman berakhir hari ini.

"Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek kes letupan yang berlaku pada pagi 22 Dis ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang 27 Dis dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa lelaki berusia 62 tahun tersebut diletakkan di bawah tahanan reman?
    A: Lelaki itu diletakkan di bawah tahanan reman untuk membolehkan siasatan lanjut berdasarkan Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual.
  • Q: Apakah kesan fizikal yang dialami oleh suspek yang ditahan berhubung kes letupan tersebut?
    A: Suspek mengalami kesan melecur pada muka, badan, tangan, dan kaki berdasarkan penahanan yang dilakukan.
  • Q: Apakah kebolehan teknikal atau kemahiran khusus yang dipercayai dimiliki oleh suspek dalam pembuatan bahan letupan?
    A: Suspek dipercayai memiliki pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.



Must Watch Video